Followers

Sunday, June 1, 2014

Perpisahan Dan Pertemuan ( Part 3 )

Assalamualaikum Geng

Kita sambung part yang terakhir ni hokey ? Lepas kami dah berpecah belah . kelas pon dan lain lain aku rasa macam tali tak bergantung kot . Tak tahu nak pergi mana . nasib ada geng kalau idok memang sensorang la den gamaknya . Sebab apa aku kata macam tali tak bergantung sebabnya aku dah la tak berapa ngam dengan kelas kelas lain tetiba cikgu campur adukkan kita orang dengan kelas lain . kau rasa ? *aku rasa memang cikgu saja je tau nak pecah belahkan kami .*   Dear Teachers/Sir tahukah cikgu yang tahun ni kami semua tahun akhir ? kenapa tidak berikan kami kebebasan ? Kenapa mahu campak aku ke kelas yang lain ? hahaha . Itu aku rasa memula je kot tapi bila dah lama lama dah macam ok la . Aku rasa ada baik dan ada buruknya cikgu naikkan aku kelas . keburukannya aku dah cakap tadi , yang baiknya pulok aku tahu apa makna HARDWORKING . Bila kau dah berada di kelas atas sikit kau akan nampak orang orang yang berusaha bukan orang orang yang hanya tahu enjoy katak sahaja . So bila orang tanya aku pernah rasa kegagalan . YA ! aku akan jawab begitu . kerana aku pernah rasa perasaan yang begitu . perasaan yang cukup aku benci . perasaan yang cukup aku menyampah tahap dewa . betul kata orang , jika kau buat hanya 1 kesilapan kecil nescaya kau akan terjatuh . Tapi sebenarnya bukan ini point yang utama . The main point is aku juga kenal erti sahabat . alhamdulillah aku berjumpa dengan rakan rakan yang baik dan sporting . selalu memberikan galakkan dan suporting yang tak pernah putus . Terima kasih . Yang paling penting semua kawan baik aku di kelas yang baru punya misi dan visi yang utama iaitu untuk mencapai kejayaan . yedehhh . Cuma sometimes aku pernah juga rasa down . Pernah bermain dengan kata kata  hati . "Layakkah aku berada di samping mereka?"  "Adakah ini usaha yang kau katakan itu ?" Macam macam yang berada di mindaku . Aku rasa down sebab aku rasa mereka semua sahabat sahabat yang baik yang tiada cacat cela bila sampai aku je ? terus cacat cela . kekadang juga aku rasa down sebab orang suka merendahkan diri aku yang sememangnya rendah . sungguh ! Ok lastly aku nak cakap kepada semua rakan aku yang dari dulu always suport aku hingga la sekarang dan juga kawan yang baru kita kenal tapi rasa macam dah lama sangat aku kenal , aku harap kau jaga persahabatan kita ni macam mana kau jaga diri kau sendiri . Itu je pesanan aku yang terakhir .

" Sahabat
Tak perlu selalu ada
Tapi ada bila perlu ada

Sahabat
Tak perlu puji pujian
Tapi ikhlas beri kritikan

Sahabat
Tak perlu selalu memahami
Tapi sentiasa menghormati

Sahabat
Tak perlu selalu dekat
Tapi dijiwa sentiasa ingat

Sahabat
Yang selalu mengerti
Hanya dengan lirikan mata dan rasa hati
Tanpa perlu rayuan dan kata sakti "


p/s : Hello June. Please be nice to me . Harap aku semakin tabah dan kuat . amin

- Team Mustaches -

No comments:

Post a Comment